Gara-gara cinta, lelaki cederakan wanita dengan pemotong kertas
Agensi
April 18, 2018 15:26 MYT
April 18, 2018 15:26 MYT
Bagi menawan hati wanita, pelbagai pujuk rayu dipersembahkan daripada si lelaki untuk menambat hati si wanita.
Beberapa hadiah, bunga, atau coklat mungkin akan diberikan atas tanda kesungguhan untuk menjalinkan hubungan.
Namun berbeza buat seorang lelaki, Solomon Raja, 23, apabila dia bertindak mencederakan seorang wanita apabila pujukannya tidak dilayan.
Perkara itu bermula apabila Dewi meminta Raja berhenti merokok dan meminum arak tetapi lelaki itu enggan melakukannya.
Ekoran itu lapor The Times of India, Dewi bertindak menjauhkan diri daripadanya selepas permintaan diendahkan Raja.
Sejak itu, Raja sering mengintip Dewi yang sedang menyambung pengajian di sebuah kolej tempatan dan meminta penjelasan sebab wanita itu menjarakkan diri.
Akibat tidak memberi sebarang respon, Raja yang ketika itu membawa pemotong kertas cuba menikam Dewi tetapi dia sempat mengelak.
Namun, hayunan objek tajam itu menyebabkan tangan kirinya tercedera.
Kesakitan itu menyebabkan Dewi menjalani rawatan di hospital selepas dihantar oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian.
Pihak polis telah berjaya menahan Raja pada Selasa pagi di Solai Street, Ayanavaram, Chennai.