Gara-gara cinta ditolak, muka remaja ditoreh

Amirul Awaludin
Oktober 23, 2017 15:29 MYT
Mangsa telah ditoreh di muka selepas cuba menolak permintaan suspek yang memaksa untuk melakukan hubungan seks.
KERANA cinta ditolak, seorang lelaki nekad 'menculik' dan memaksa seorang remaja perempuan melakukan hubungan seks sebelum bertindak kejam menoreh muka mangsa dalam kejadian di Kampung Melayu Medan, Indonesia.
Mangsa dikenali sebagai Nadya, 17 tahun itu diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah lalu dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran lokasi kejadian oleh suspek.
Menurut mangsa yang dipetik sebuah portal online tempatan, suspek pada mulanya memaksa mangsa mengadakan hubungan seks tetapi ditolak sebelum lelaki itu bertindak menoreh muka remaja berkenaan.
"Saya sempat dipaksa untuk melakukan seks tetapi saya menolak (permintaan itu) lalu dia mula naik angin dan memukul serta menoreh muka saya," kata mangsa.
Sejurus kejadian, suspek meninggalkan gadis malang itu di tepi jalan.
Ibu mangsa turut memberitahu bahawa hubungan Nadya bersama lelaki itu sangat akrab.
Difahamkan, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital dan hampir buta disebabkan kesan torehan itu.
#dirogol #ditoreh #Indonesia #Kampung Melayu Medan #Nadya #remaja
;