Gara-gara anak dicabul, wanita bunuh dan sumbat kekasih dalam almari

Agensi
Februari 22, 2019 11:52 MYT
Tindakan kejam itu dilakukan Gilda Acosta, 47 tahun selepas mengetahui kekasihnya itu telah melakukan serangan seksual ke atas anak lelakinya yang berusia 13 tahun. - Foto Facebook/hajar
Seorang wanita bukan sahaja nekad membunuh kekasihnya tetapi turut menyimen lelaki itu di dalam almari selama dua bulan di rumahnya di Lomas de Zamora, Buenos Aires, Argentina.
Tindakan kejam itu dilakukan Gilda Acosta, 47 tahun selepas mengetahui kekasihnya itu telah melakukan serangan seksual ke atas anak lelakinya yang berusia 13 tahun.
Menurut polis tempatan, selepas membunuh Richard Alejandro Sanchez Escobar, 28 tahun, mayat lelaki itu disumbat ke dalam almari sebelum dipenuhi simen.
Media tempatan melaporkan, wanita itu tampil menyerah diri kepada polis dan mengakui membunuh teman lelakinya sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.
Polis memaklumkan, pegawai polis dan bomba mendapati terdapat kesan darah di sekeliling almari dan kawasan tersebut dihurung lalat.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen ekoran bau yang sangat kuat selain usaha mengeluarkan mayat.
Katanya, mayat mangsa dilaporkan ditemui kaku dengan disalut simen.
Sementara itu, polis turut merakam keterangan anak lelaki wanita tersebut.
#bunuh #deraan seksual #sledgehammer #teman lelaki
;