Gangguan elektrik di lapangan terbang, ratusan terkandas di Jerman

Agensi
Jun 3, 2018 21:50 MYT
Secara purata, lapangan terbang itu mengendalikan 200 penerbangan keluar masuk pada setiap Ahad dan lebih 17 juta penumpang setiap tahun. (Foto AP)
Lapangan terbang antarabangsa di Hamburg, Jerman terpaksa membatalkan semua penerbangan akibat gangguan bekalan elektrik pada Ahad.
Kejadian menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas.
Jurucakap lapangan terbang, Katja Broom, berkata kejadian berlaku disebabkan litar pintas.
Lapangan terbang antarabangsa Hamburg merupakan lapangan terbang kelima terbesar di Jerman.
Secara purata, lapangan terbang itu mengendalikan 200 penerbangan keluar masuk pada setiap Ahad dan lebih 17 juta penumpang setiap tahun.
#bekalan elektrik #Hamburg #Jerman #katja broom #lapangan terbang #litar pintas #penerbangan