Gangguan elektrik di AS disiasat sebagai 'perbuatan jenayah'
Bernama
Disember 5, 2022 13:00 MYT
Disember 5, 2022 13:00 MYT
WASHINGTON: Gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran di Carolina Utara, Amerika Syarikat disiasat sebagai "perbuatan jenayah," lapor Xinhua.
Beberapa kawasan di Moore County, Carolina Utara mula mengalami gangguan bekalan elektrik selepas 7 malam waktu tempatan pada Sabtu (0000 GMT), dan terdapat bukti kelakuan vandalisme yang disengajakan di beberapa tapak, menurut Pejabat Syerif.
Gabenor Carolina Utara Roy Cooper menerusi ciapan di Twitter pada Ahad memaklumkan beliau "telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Duke Energy dan pegawai penguatkuasa undang-undang negeri."
"Mereka sedang menyiasat kejadian itu dan berusaha mengembalikan bekalan elektrik kepada mereka yang terjejas," kata Cooper.
Lebih 38,000 pelanggan dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada pagi Ahad di Moore County.
-- BERNAMA