Gangguan bukan disebabkan aktiviti penggodaman - Facebook

Astro Awani
Januari 27, 2015 09:38 MYT
Gangguan bukan disebabkan aktiviti penggodaman - Facebook
Servis pengendali platform media sosial terkemuka dunia, Facebook dan Instagram berjaya dipulihkan selepas perkhidmatannya terganggu hari ini, menurut Facebook dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada AFP.
Masalah tersebut bagaimanapun adalah disebabkan oleh "perubahan yang memberikan kesan kepada sistem konfigurasi dan bukannya disebabkan oleh aktiviti penggodaman." tambah kenyataan tersebut.
Terdahulu, The Lizard Squad, kumpulan penggodam yang mengaku bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines, hari ini mengaku mengakibatkan gangguan meluas kepada platform media sosial terkemuka, Facebook dan Instagram.
Menerusi satu tuit, "Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad"
Serangan DDoS besar-besaran itu menyerang pelayan platform itu di Amerika Syarikat yang menyebabkan ribuan pelayan Facebook dan Instagram tersekat.
Tweet terkini dari kumpulan Lizard Squad. -Gambar: Twitter
Perkhidmatan tersebut terganggu selama 40 minit di kalangan pengguna di Asia, Amerika Syarikat dan beberapa wilayah lain.
#Facebook #Instagram #The Lizard Squad