Gambia jual harta bekas presiden

Sinar Harian
Mei 11, 2018 09:11 MYT
Jammeh merampas kuasa pada 1994 dan melarikan diri dari Gambia pada tahun lalu. - Foto Agensi
Beberapa pesawat dan sejumlah kereta mewah milik bekas Presiden Yahya Jammeh dijual Gambia untuk mengurangkan hutang kerajaan yang dibuat ketika tempoh pemerintahan panjang diktator itu.
Jammeh merampas kuasa pada 1994 dan melarikan diri dari Gambia pada tahun lalu, ketika beberapa negara jiran Afrika dijangka campur tangan secara ketenteraan untuk menggulingkan beliau kerana enggan meletak jawatan susulan kekalahan pilihan raya kepada Presiden Adama Barrow.
Kebanyakan rakyat negara itu miskin di bawah antara rejim paling kejam di Afrika Barat, namun Jammeh mengumpul banyak kekayaan yang dibawa bersamanya dalam beberapa pesawat ke Equatorial Guinea.
Bagaimanapun, sejumlah kenderaan termasuk beberapa kereta Rolls-Royce yang tertulis nama Jammeh pada kerusi kulitnya ditinggalkan di landasan kapal terbang.
Menteri Kewangan Amadou Sanneh berkata, kementerian akan menerbitkan harga jualan harga semua keretamewah dan tiga pesawat yang dibeli Jammeh, tidak lama lagi.
Kelmarin, Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran terhadap Gambia supaya tidak melakukan pinjaman baharu selepas hutang negara itu mencecah 130 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir tahun lalu. - Reuters
#diktator #Gambia #presiden #Yahya Jammeh
;