Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila
Bernama
November 29, 2023 18:30 MYT
November 29, 2023 18:30 MYT
MANILA: Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.
Datuk Bandar Manila Maria Sheilah Honrado Lacuna-Pangan dalam siaran video di media sosialnya, gajah betina yang dikenali sebagi Mali itu mati pada petang Selasa. Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Mali atau nama penuhnya Vishwa Ma'ali, menghabiskan sepanjang hayatnya di Manila sejak didermakan oleh kerajaan Sri Lanka pada 1977 semasa berusia tiga tahun.
Haiwan itu menjadi tarikan utama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, keluarga dan pelancong selama hampir lima dekad, lapor Xinhua.
Dalam sidang akhbar pada Rabu, datuk bandar berkata kematian Mali, 49, akan dimaklumkan secara rasmi kepada kerajaan Sri Lanka, selain kemungkinan mendapatkan penggantinya.
-- BERNAMA