Gajah tertua di Asia mati pada usia 88 tahun

Agencies
Februari 8, 2019 17:15 MYT
Dakshayani dilaporkan merupakan gajah tertua di Asia mati pada usia 88 tahun. - Foto paparan skrin Kompas
Seekor gajah yang dilaporkan tertua di Asia, Dakshayani dilaporkan mati pada usia 88 tahun di Bagian Kerala, India pada Selasa.
Mendapat jolokan nenek gajah, Dakshayani disahkan mati selepas seluruh badannya menggigil sebelum membengkokkan kakinya dan berbaring.
Menurut laporan daripada AFP, gajah betina itu tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang ritual agaman yang diadakan sejak sekian lama.
Dewan Travancore Devaswom yang bertanggungjawab memelihara gajah itu dalam satu kenyataan memberitahu lazimnya usia gajah yang dipelihara mampu untuk bertahan lebih daripada usia 40 tahun.
Justeru, Dakshayani bakal menjadi gajah tertua berbanding Lin Wan yang mati pada usia 86 tahun semasa berada dalam jagaan sebuah taman di Taiwan pada 2003.
Presiden dewan itu, Prayar Goplakrishnan turut mengakui menerima keceman kerana terus menyimpan Daksyayani berbanding melepaskannya ke hutan.
“Ada banyak sebab mengapa kami tidak boleh melepaskan Dakshayani, namun kami sentiasa memastikan ia mendapat ruang yang cukup untuk bergerak,” katanya.
#daksyayani #gajah #India #lin wan #mamalia #nenek gajah #Taiwan
;