Gagal jalankan tugas, Ketua Perisikan Tentera Israel letak jawatan

Agensi
April 22, 2024 16:56 MYT
Haliva dalam surat peletakan jawatan berkata, pasukan perisikan di bawah kepimpinannya tidak memenuhi tanggungjawab yang diberikan. - Gambar fail
KETUA Perisikan Tentera Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva, dilapor meletak jawatan dan akan melepaskan jawatan tersebut sebaik penggantinya dilantik.
Pasukan Tentera Israel dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata tahun lalu Haliva menerima tanggungjawab atas kegagalan perisikan yang membenarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober.
Memetik laporan media antrabangsa, Haliva dalam surat peletakan jawatan berkata, pasukan perisikan di bawah kepimpinannya tidak memenuhi tanggungjawab yang diberikan.
Sejak serangan tercetus, dia menyifatkan membawa igauan 'hari hitam' tersebut sehingga kini.
Selepas peperangan tercetus, Haliva secara terbuka mengakui kesalahan kerana tidak berjaya menghalang serangan sebagai ketua jabatan tentera yang bertanggungjawab untuk memberikan amaran perisikan kepada kerajaan dan tentera.
Susulan insiden itu juga lebih 34,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan balas Israel sejak enam bulan lalu.
#Ketua perisikan tentera Israel letak jawatan #serangan Israel #Angka korban Palestin
;