Gagal ikuti program khidmat negara, penulis buku Crazy Rich Asians dikehendaki Singapura
Agensi
Ogos 22, 2018 20:41 MYT
Ogos 22, 2018 20:41 MYT
Penulis buku Crazy Rich Asians, naskhah yang kini diangkat menajdi filem terbitan Hollywood dengan judul yang sama, dikehendaki di negaranya Singapura kerana tidak mendaftar program latihan khidmat negara, ujar Kementerian Pertahanan republik itu pada Rabu.
Kevin Kwan, penulis buku dan penerbit eksekutif filem itu, dilaporkan tidak hadir dalam acara tayangan perdana filem komedi romantik itu pada Selasa.
Kementerian Pertahanan Singapura mendedahkan, Kwan gagal mendaftar dengan program latihan khidmat negara pada tahun 1990 walaupun sudah diberi notis dan surat yang dihantar ke alamatnya di luar negara. Dia juga telah tinggal di luar negara tanpa permit keluar yang sah.
“Oleh kerana itu, Kwan adalah dikehendaki atas tanggungjawab khidmat negara,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan.
Dia juga berdepan denda sehingga S$10,000 (RM29,997) dan/atau pernajara sehingga 3 tahun jika didapati bersalah.
Kwan tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.
Singapura mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan khidmat negara dan menguatkuasakannya dengan hanya menerima beberapa alasan tertentu.
Seseorang itu tidak boleh melepaskan kewarganegaraannya jika tidak menyempurnakan program latihan khidmat negara yang fokus dalam bidang ketenteraan selama dua tahun itu.
Kwan meninggalkan Singapira pada usia 11 tahun, dengan berpindah ke Texas, Amerika Syarikat (AS) bersama keluarganya, dan terus tinggal di AS sejak itu.
Pada 1994, permohonan dan rayuan susulannya untuk melepaskan kewarganegaraan Singapura telah ditolak.