Gagal berjalan 180,000 langkah sebulan syarikat denda pekerja 6 sen
Agensi
November 30, 2018 11:54 MYT
November 30, 2018 11:54 MYT
Sebuah syarikat di China dilihat 'keterlaluan' apabila menyaman pekerjanya jika mereka gagal berjalan kira-kira 180,000 langkah sebulan.
Menurut BBC News, para pekerja di firma perladangan di utara bandar Guangzhou telah didenda 0.01 yuan (enam sen) bagi setiap langkah gagal dicapai dan telah disasarkan.
Seorang pekerja memberitahu, kerja lebih masa telah menyukarkan para pekerja untuk berjalan sekurang-kurangnya 6,000 langkah sehari di luar waktu kerja.
"Saya faham usaha syarikat untuk menggalakkan kakitangan menjalani gaya hidup sihat tetapi saya sendiri tidak mempunyai banyak masa untuk tidur kerana saya perlu berjalan untuk mencapai sasaran," katanya.
Seorang wakil dari sebuah firma undang-undang, Liu Fengmao pula berkata, syarikat itu tidak mempunyai hak untuk menetapkan prestasi tersebut dan budaya itu boleh menyukarkan pekerja di tempat kerja.