Gadis Rohingya cetus idea kempen selfie untuk galak perpaduan kaum

Syafique Shuib
November 7, 2015 18:43 MYT
Kempen 'My Friend' galak golongan belia rakam selfie bersama teman-teman dari agama atau etnik berbeza. -Gambar: Facebook/My Friend
SEORANG gadis Rohingya menggunakan media sosial sebagai platform untuk menggalakkan perpaduan antara kaum di Myanmar.
Lapor Mashable, aktivis hak asasi manusia Wai Wai Nu melancarkan kempen ‘My Friend’ pada pertengahan tahun ini, namun kini mendapat perhatian menjelang pilihan raya umum negara itu pada 8 November.
Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan anak-anak muda Myanmar merakam selfie secara berkumpulan dengan individu daripada agama dan etnik berbeza.
Ini ekoran situasi ketegangan antara agama dan etnik masih berlaku, khususnya melibatkan etnik Rohingya yang tertindas di negeri sendiri iaitu Rakhine yang terletak di barat Burma.
“Kami mahu menggalakkan toleransi dan keamanan dalam kalangan masyarakat etnik dan agama yang pelbagai.
“Media sosial begitu penting kerana Myanmar antara negara yang mempunyai pengguna tertinggi.
"Ramai kumpulan rasis yang berkongsi mesej kebencian. Jadi kami mahu pastikan anak-anak tidak melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kami mahu anak-anak muda gunakan media sosial untuk kebaikan masyarakat,” katanya.
Setakat ini, laman Facebook kempen My Friend mempunyai ratusan gambar.
Antara mesej yang dikongsi: “Agama kami berbeza, etnik kami berbeza, tetapi kami tetap kawan dan kami sayang antara satu sama lain.”
Posted by My Friend on
Posted by My Friend on

ကြ်န္ေတာ္တို႕ငယ္သူငယ္ခ်င္းေတြ အခုေတာ့ နယ္ပယ္စံုမွာေပါ့ တစ္လတစ္ခါ အျမဲတမ္းေတြ႕ႀကေပ်ာ္ရႊင္စရာ ငယ္ငယ္ကအေႀကာင္းေတြေျပာႀကအျမဲတမ္း သူငယ္ခ်င္းငါတို႕ဒီလို အျမဲဆံုေတြ႕ေနမွာပါကြာ။

Posted by My Friend on
Sebelum ini, pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melakukan lawatan pertamanya ke bahagian barat negeri Rakhine sejak keganasan tercetus tiga tahun lalu.
Ia sebahagian daripada kempen menjelang pilihan raya umum bebas pertama Myanmar dalam tempoh 25 tahun.
#aktivis #Aung San Suu Kyi #kempen media sosial #My Friend #Myanmar #Wai Wai Nu
;