Gadis dirogol bapa saudara dan anak lelaki selama 3 bulan
Agensi
April 20, 2018 18:37 MYT
April 20, 2018 18:37 MYT
Seorang lelaki dan anak lelakinya telah ditahan atas tuduhan merogol seorang gadis selama tiga bulan selepas mangsa diberikan ubat penenang di sebuah kampung di Mandya, India.
Mangsa, berusia 17 tahun, dikatakan tinggal bersama bapa saudaranya, Ramesh, 50, dan anak lelakinya, Jayesh, 25, selepas kematian bapanya serta ditinggalkan ibunya.
Ramesh dan Jayesh bagaimanapun menerima padahnya apabila datuk mangsa, Gavi Gowda iaitu ayah Ramesh, melaporkan perkara itu kepada pihak polis setelah secara tidak sengaja menyaksikan kejadian itu beberapa hari lalu.
Pihak polis berkata, Ramesh membawa mangsa ke rumahnya dan berjanji dengan Gavi bahawa dia akan menjaga gadis itu seperti anak perempuannya sendiri.
Namun siapa sangka sebaliknya yang berlaku.