Gadis 16 tahun dipukul, dibakar hingga mati kerana didakwa membunuh

Kohilah Sekaran
Mei 25, 2015 01:56 MYT
Seorang gadis berusia 16 tahun dilaporkan dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.
Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.
Menurut laporan Daily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique González Noreiga di Rio Bravo, Guatemala.
Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.
Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.
Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.
Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.
Namun, video yang dimuat naik itu tidak disiarkan oleh kebanyakan agensi berita kerana kandungannya yang terlalu ekstrem.
Dalam perkembangan sama, pengamal media sosial melahirkan pandangan mereka terhadap sikap tidak berperikemanusiaan penduduk tersebut.

I came across the graphic video of this inhumane murder yesterday and whatever the crime of the young girl, she... http://t.co/dnnM8jM3nT

— Adnan Rashid (@MrAdnanRashid) May 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Just watched a video of a 16 year old Guatemalan girl beaten & burned to death in front of 300+ people. What is wrong with humanity?!??

— Samantha (@samanthalynn68) May 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I just saw a video of a 16 year old girl. Being burned to death in Guatemala . I am so disgusted . To say the least .

— Hey-sues (@jesuslopez11122) May 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

" 16 year old girl beaten and burned to death in Guatemala " I'm disgusted what kind of world are we living right now?

— Kate Moss (@versacehosk) May 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laman web berita Tiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.
Polis dilapor sedang menyiasat kes ini.
#bunuh #Rio Bravo