Gabungan vaksin Sputnik V dan AstraZeneca boleh tingkatkan keberkesanan - Rusia
Astro Awani
November 26, 2020 07:47 MYT
November 26, 2020 07:47 MYT
VAKSIN AstraZeneca COVID-19 boleh digabungkan percubaannya dengan Sputnik V untuk meningkatkan peratusan keberkesannya.
Itu jelas Rusia, selaku pembangun vaksin Sputnik V, yang menyatakan keberkesanan vaksinnya itu kini mencecah 92 peratus dalam melindungi orang ramai daripada COVID-19, berdasarkan hasil ujian interim.
Sementara itu, AstraZeneca berkata, vaksin COVID-19 miliknya berkesan antara 70 dan 90 peratus dalam ujian penting.
AstraZeneca sebelum ini menyatakan, ia akan menyediakan sebanyak 200 juta dos vaksin sebelum hujung tahun ini.
Vaksin yang dibangunkan United Kingdom itu dilihat sebagai salah satu harapan terbaik bagi banyak negara membangun, kerana harganya yang murah dan mampu diedarkan menggunakan peti sejuk biasa.
Dengan lebih dua juta jangkitan COVID-19, Rusia kini di kedudukan keempat jumlah kes tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil.
AstraZeneca, salah satu inisiatif di bawah program COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berkemungkinan akan menjalankan ujian global tambahan untuk menilai keberkesan vaksinnya.
Ini selepas beberapa persoalan timbul berkenaan keputusan ujian peringkat akhir vaksin tersebut.