Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis

Astro Awani
Julai 7, 2024 06:30 MYT
Tinjauan BFM TV mengunjurkan anggaran 175 hingga 205 kerusi untuk New Popular Front, manakala tinjauan pendapat Opinionway untuk C News TV berkata gabungan baharu itu akan memenangi 180 hingga 210 kerusi. - Foto REUTERS
PARIS: Gabungan baharu New Popular Front (NFP) iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua pengundian pilihan raya Parlimen Perancis.
Ini meletakkan pasukan berkenaan di landasan kemenangan yang mengejutkan dalam mengalahkan parti haluan paling kanan, National Rally (RN).
Tinjauan BFM TV mengunjurkan anggaran 175 hingga 205 kerusi untuk NFP, manakala tinjauan pendapat Opinionway untuk C News TV berkata gabungan baharu itu akan memenangi 180 hingga 210 kerusi.
Presiden Emmanuel Macron dilihat hampir mendahului parti RN, Marine Le Pen dalam perebutan tempat kedua, menurut tinjauan pendapat ini.
Sebanyak 289 kerusi diperlukan untuk menjadi majoriti mutlak di Dewan Negara, Parlimen Perancis.
Pada 30 Jun lalu, parti RN pimpinan Marine Le Pen melakar kemenangan bersejarah pada pusingan pertama pengundian.
Bagaimanapun, parti berhaluan tengah dan kiri kemudian bekerjasama bagi mengekang kemaraan RN, menyebabkan harapan Le Pen untuk RN mencatat kemenangan dengan majoriti mutlak dilihat kurang pasti.
#Parlimen #Pilihanraya Perancis #New Popular Front
;