Gabenor Puerto Rico akui silap umum jumlah maut
Astro Awani
Ogos 29, 2018 10:56 MYT
Ogos 29, 2018 10:56 MYT
Kerajaan Puerto Rico pada Selasa mengesahkan sekurang-kurangnya 2,975 mangsa terkorban akibat ribut taufan Maria.
Jumlah mangsa tersebut didedahkan oleh badan siasat persendirian yang turut membuktikan bahawa jumlah mangsa maut tercatat terdahulu adalah tidak benar.
Perkara itu turut disahkan Gabenor Ricardo Rosello yang juga mengaku bersalah dalam menangani isu tersebut.
Terdahulu, jumlah mangsa maut yang dilaporkan adalah 1,400.
Bagaimanapun, para pengkaji memaklumkan terdapat peningkatan sebanyak 22 peratus sejak September 2017 hingga Februari 2018, berbanding peratusan jumlah maut tahun lepas.