Gabenor Florida Ron DeSantis mula kempen pencalonan presiden 2024 di Twitter
Agensi
Mei 24, 2023 21:45 MYT
Mei 24, 2023 21:45 MYT
Gabenor Florida Ron DeSantis dilaporkan akan memulakan kempen bagi membida jawatan Presiden pada 2024 dengan berkongsi pentas maya pada Rabu bersama pengasas Twitter, Elon Musk pada Rabu.
Memetik CNN, keputusan mengumumkan berita itu di platform Twitter Spaces bersama Musk adalah salah satu hasrat DeSantis untuk mendapatkan sokongan untuk mencabar bekas Presiden Donald Trump bagi pencalonan Pilihan Raya 2024.
Beliau akan bertanding atas tiket Parti Republikan.
Musk dijadual untuk menjadi hos perbincangan di Twitter Spaces bersama DeSantis pada pukul 18:00 waktu tempatan (0600 waktu Malaysia).
DeSantis yang berusia 44 tahun dilihat sebagai pencabar utama Trump dalam pencalonan Parti Republikan.
Difahamkan, gabenor itu menyertai senarai nama pencabar yang berusaha untuk menggulingkan Trump, yang mendahului lebih daripada 30 mata dalam undian pendapat nasional.
Pengundi Parti Republikan akan mengundi dalam sebuah siri pilihan raya utama bermula pada bulan Februari tahun hadapan untuk menentukan calon yang akan bertanding menentang Presiden Joe Biden dari parti Demokrat, dalam pilihan raya umum November 2024.
Sesi itu turut menampilkan usahawan teknologi David Sacks iaitu sekutu rapat, Musk dan juga penyokong DeSantis.