Gabenor Florida, Desantis kemukakan pencalonan bertanding presiden minggu depan

Bernama
Mei 18, 2023 16:36 MYT
Menurut tinjauan pendapat DeSantis berada di tempat kedua selepas Trump, tetapi kedudukan itu dijangka berubah selepas beliau menjadi calon presiden secara rasmi, lapor media tempatan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Gabenor Florida Ron DeSantis, 44, dijadual melancarkan kempen presidennya 2024 minggu depan, sementara penyumbang kepada kempen beliau memulakan usaha mengumpul dana secara aktif, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal pada Khamis.
Keputusan DeSantis untuk mengemukakan dokumen rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan Amerika Syarikat bagi menyatakan pencalonannya, menempatkan gabenor itu dalam persaingan langsung dengan calon presiden lain, termasuk bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Menurut tinjauan pendapat DeSantis berada di tempat kedua selepas Trump, tetapi kedudukan itu dijangka berubah selepas beliau menjadi calon presiden secara rasmi, lapor media tempatan.
-- BERNAMA
#Gabenor Florida #Ron Desantis #kempen presiden #Donald Trump
;