Gabenor Bank Negara Sri Lanka letak jawatan

Bernama
April 4, 2022 16:41 MYT
Ajith Nivard Cabraal berkata, peletakan jawatannya susulan kekosongan Kabinet. - Reuters
NEW DELHI: Selepas peletakan jawatan seluruh Kabinet Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa pada Ahad, kini gabenor Bank Negara Sri Lanka pula mengumumkan melepaskan jawatannya pada Isnin.
Ajith Nivard Cabraal yang dilantik ketua Bank Negara Sri Lanka (CBSL) pada September tahun lalu berkata, peletakan jawatannya susulan kekosongan Kabinet.
"Hari ini, saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai gabenor," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Tindakan itu dibuat susulan bantahan awam mengenai kekurangan barangan keperluan yang belum pernah terjadi sebelum ini di negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu.
Situasi itu disifatkan sebagai krisis ekonomi terburuk pernah melanda Sri Lanka sejak merdeka.
-- BERNAMA
#gabenor bank #Sri Lanka #letak jawatan #krisis ekonomi
;