G8: Selesai kemelut di Syria secara rundingan

Astro Awani
Jun 20, 2013 07:18 MYT
Hari terakhir sidang Kemuncak G8 menyaksikan satu protokol ditandatangani negara ahli mengenai kemelut di Syria.
Mereka sepakat ia perlu diselesaikan secara rundingan.
Namun, Perikatan Kebangsaan Syria (SNC)menyifatkan pendirian negara maju itu mengecewakan dan lemah.
Jurucakap SNC, Anas Abdah berkata adalah mustahil rundingan berlaku antara dua pihak yang tidak mempunyai keseimbangan kuasa.
Ia ibarat satu langkah menyerah diri.
Justeru, Anas yakin cadangan G8 itu tidak berjaya.
Sebaliknya beliau meramalkan lebih banyak pertempuran bakal berlaku antara dua pihak bertelagah itu..
#g8 #Syria
;