G7 sokong rancangan infrastruktur Biden saingi Inisiatif Jalur dan Laluan China (BRI)

Faris Danial Razi
Jun 12, 2021 04:02 MYT
Presiden AS, Joe Biden (kanan) memaklumkan bahawa beliau mahu inisiatif Build Back Better World (B3W) menjadi langkah alternatif yang lebih berkualiti tinggi berbanding China. - Foto REUTERS
CARBIS BAY: Meskipun China tidak mewakili Sidang Kemuncak G7 di Cornwall, United Kingdom, negara itu tetap menjadi tumpuan bagi pemimpin tertinggi tujuh negara G7 dalam perbincangan isu-isu dasar pada Sabtu.
Para pemimpin G7 yang terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Pernacis, Itali, Jepun dan Kanada sedang mengatur perancangan untuk menyokong syarikat berpendapatan rendah dalam membangunkan infrastruktur lebih baik.
Ia sebagai menyaingi China yang mempunyai penubuhan dasar Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berfungsi membiayai kos kereta api, jalan raya dan pelabuhan di kebanyakan negara.
Presiden AS, Joe Biden memaklumkan bahawa beliau mahu inisiatif Build Back Better World (B3W) menjadi langkah alternatif yang lebih berkualiti tinggi berbanding China.
Ini kerana, penubuhan BRI sudahpun mendapatkan kritikan yang mana ia telah berdepan masalah hutang dengan beberapa pihak.
Dalam sidang kemuncak itu, para pemimpin G7 mengatakan mereka akan menawarkan perkongsian "berdasarkan nilai, tahap piawaian tinggi dan telus".
Bagaimanapun, masih belum dijelaskan tentang bagaimana rancangan G7 tersebut akan dibiayai.
Untuk maklumkan, G7 yang merupakan tujuh negara demokrasi terkaya di dunia turut diharapkan dapat memberi komitmen dalam mengatur rancangan baharu bagi menghentikan sebaran wabak untuk masa depan.
Langkah-langkah tersebut termasuk menyingkatkan waktu yang diperlukan untuk pembangunan vaksin dan rawatan untuk COVID-19 hingga kurang daripada 100 hari.
Tahun ini, Perdana Menteri UK Boris Johnson menjadi tuan rumah bagi persidangan tiga hari yang berlangsung di sebuah di resort Carbis Bay, Cornwall.
#AS #China #United Kingdom #Itali #Boris Johnson #Joe Biden #Amerika Syarikat #vaksin #COVID-19 #G7 #Jerman #Jepun #Perdana Menteri
;