G7 capai tujuh perjanjian cukai lebih adil
Astro Awani
Jun 5, 2021 06:00 MYT
Jun 5, 2021 06:00 MYT
LONDON: Kumpulan negara-negara ekonomi maju (G7) mencapai perjanjian berhubung cukai lebih adil buat syarikat gergasi.
Perjanjian itu dicapai selepas pertemuan menteri kewangan negara anggota G7 di London.
Sasaran perjanjian ini adalah supaya syarikat multi nasional membayar cukai yang lebih adil.
Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak berkata, ini bagi mengatasi tindakan segelintir syarikat yang mengelak cukai.
“Selepas perbincangan bertahun-tahun, menteri kewangan G7 setuju mencapai perjanjian bersejarah untuk reformasi sistem cukai global, supaya ia bersesuaian dengan era digital.
“Namun yang lebih penting, ia akan memastikan cukai yang adil, supaya syarikat terlibat membayar cukai yang betul di tempat betul.
“Ini adalah satu kemenangan buat pembayar cukai di Britain,” katanya.
Pada mesyuarat ini, negara anggota bersetuju kadar cukai ditetapkan pada 15 peratus.
Syarikat besar seperti Amazon dan Facebook antara yang akan terkesan dengan perjanjian ini.
Ia bakal menyaksikan aliran tunai berbilion dolar kepada negara anggota meyelesaikan hutang mereka gara-gara krisis COVID-19.
Perjanjian ini juga membolehkan sistem cukai global bergerak seiring dengan era digital.