G20: Pemimpin dunia mula berhimpun di India

Astro Awani
September 8, 2023 07:15 MYT
G20 merupakan kumpulan negara-negara ekonomi terbesar termasuk Kesatuan Eropah (EU). - Foto REUTERS
NEW DELHI: Pemimpin dunia mula berhimpun di India, untuk Sidang Kemuncak G20.
Sidang dijangka akan didominasi isu perang di Ukraine, susulan pencerobohan Rusia ke atas negara itu.
Pemimpin G20 dijangka akan ikrar kerjasama dalam pelbagai bidang.
Namun sidang kali ini tidak akan dihadiri Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Banyak isu perbezaan pendapat berlaku dalam kalangan pemimpin G20.
Di sebalik perbezaan itu, India mendesak negara anggota untuk bersetuju dengan Deklarasi India.
Sekiranya tiada konsensus mengenai deklarasi itu, sidang G20 kali ini adalah yang pertama berakhir tanpa sebarang ketetapan.
G20 merupakan kumpulan negara-negara ekonomi terbesar termasuk Kesatuan Eropah (EU).
Tahun lalu, sidang kemuncak di Indonesia turut didominasi isu perang, namun kumpulan itu mampu mengeluarkan deklarasi akhir.
Ketiadaan Jinping dan Putin akan menyebabkan sukar untuk membuat keputusan.
#G20 #isu perang #Xi Jinping #Vladimir Putin
;