Fungsi Block di X tidak lagi menghalang ciapan dibaca

Amanz
Oktober 17, 2024 10:30 MYT
Menurut X, langkah yang membolehkan pengguna yang dihalang untuk membaca ciapan diambil bagi membolehkan pemilik akaun membuat laporan kepada sekiranya kandungan komen yang ditinggalkan melanggar polisi laman.
SEPERTI dijanjikan oleh X sejak Mei lalu, ciri Block yang menghalang akaun tertentu daripada membaca ciapan anda kini telah diubah.
Akaun yang dihalang oleh pengguna kini boleh membaca ciapan cuma mereka tidak lagi boleh berinteraksi dengan ciapan yang dihantar.
Menurut X ini ialah bagi membolehkan pemilik akaun melakukan laporan kepada sekiranya kandungan komen yang ditinggalkan melanggar polisi laman.
Tindakan kemudian boleh diambil sekiranya komen yang ditinggalkan adalah melampau.
Jika anda ingin menghalang ciapan dibaca oleh insan yang telah dihalang, satu-satunya caranya ialah dengan mengunci akaun menjadi peribadi selepas ini.

Soon well be launching a change to how the block function works. If your posts are set to public, accounts you have blocked will be able to view them, but they will not be able to engage (like, reply, repost, etc.).

— Engineering (@XEng) October 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa bulan lalu Elon Musk berkata beliau kurang gemar dengan ciri Block dan berkata akan menghapuskannya.
Langkah yang diambil hari ini ialah jalan tengah yang masih membenarkan ciri ini digunakan tetapi boleh dikatakan sebagai ciri yang diberikan tanpa diminta oleh pengguna.
Perubahan yang dilakukan juga dipercayai melanggar terma dan syarat yang diletakkan oleh Play Store dan App Store yang mewajibkan aplikasi media sosial memberikan ciri menghalang akaun dibaca pengguna tertentu bagi mengelakkan masalah pengendap (stalker) dalam talian.
#Elon Musk #X #block #halang akaun dibaca
;