Foto terbaru Putera George didedah kepada umum

Astro Awani
Ogos 20, 2013 01:55 MYT
Pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya, Catherine mendedahkan secara rasmi foto bayi lelaki mereka, George.
Foto tersebut telah dirakam oleh bapa Catherine, Michael Middleton pada awal bulan ini berlatarkan sebuah taman di rumah kepunyaan mereka di sebuah kawasan luar bandar di Bucklebury, barat London.
Dalam foto tersebut, George yang berselimut putih kelihatan sedang tidur dalam dakapan ibunya meskipun suasana terang di bawah terik mentari ketika itu.
#Catherine #London #Putera George #Putera William