Foto-foto jadi bukti momen terakhir sebelum pesawat terhempas
Agensi
Disember 20, 2018 15:21 MYT
Disember 20, 2018 15:21 MYT
Gambar-gambar yang diambil oleh seorang jutawan British dipercayai telah mendedahkan momen-momen terakhir mangsa korban kapal terbang ringan terhempas di Sungai Hawkesbury, New South Wales, Australia.
Gambar itu telah diambil dari sebuah Canon EOS 40D kamera digital William, anak kepada Richard Cousins yang dijumpai dalam bangkai pesawat tersebut.
Tragedi berkenaan telah mengorbankan kesemua enam penumpang dalam penerbangan berkenaan.
Mangsa yang terlibat dengan nahas kapal terbang ringan tersebut adalah juruterbang Gareth Morgan, 44 tahun ,ahli perniagaan Richard Cousins, 58 tahun, Emma Bowden, 48 tahun, dan anak perempuannya, Heather, 11 tahun.
Anak lelaki Cousins Edward, 23 tahun dan William, 25 tahun juga terbunuh apabila kapal terbang ringan yang mereka naiki terhempas di Sungai Hawkesbury.
Bukti dari imej tersebut menunjukkan bahawa juruterbang Gareth mungkin dalam keadaan terganggu sebelum pesawat itu terhempas.
Morgan dikatakan merupakan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman dan telah terbang lebih daripada 500 kali bersama dengan Sydney Seaplanes.
Pesawat Sydney Seaplanes telah melepasi jarak sejauh 1km dari lapangan sebelum terhempas di Sungai Hawkesbury, di utara bandaraya pada malam tahun baru 2017.