Fosil dinosaur berusia 125 juta tahun ditemukan di China

Agensi
September 21, 2020 11:52 MYT
Spesis Changmiania Liaoningensi dijumpai di Lujiatun Beds, lapisan tertua di Yixian Formation di Timur Laut China.
Ahli Arkeologi di China berjaya menemukan dua fosil sempurna dipercayai berasal daripada rangka spesis dinosaur yang berusia 125 juta tahun.
Menurut satu kenyataan media, spesis dinosaur yang dikenali sebagai Changmiania Liaoningensi itu dijumpai di Lujiatun Beds, lapisan tertua di Yixian Formation di Timur Laut China.
Saintis percaya dinosaur itu terperangkap dalam letusan gunung berapi ketika sedang berehat di dasar lubang penggalian mereka.
“Haiwan ini telah dilitupi dengan enapan halus ketika masih hidup, atau sejurus selepas kematiannya,” menurut Ahli Paleontologis Dr Pascal Godefroit dari Royal Belgian Institute of Natural Sciences.
Beliau berkata kesan litupan enapan halus itu seakan-akan sama dengan apa yang terjadi di Pompeii.
Saintis sebelum ini menyimpulkan spesis ornithopod hidup di zaman Cretaceous, dan ia merupakan sejenis herbivor kecil yang mampu berlari dengan pantas berdasarkan ekor dan kakinya yang sepanjang 1.2 meter.
“Bagaimanapun ciri rangka ini menunjukkan Changmiania Liaoningensi boleh menggali seperti mana yang dilakukan arnab pada hari ini,” kata Godefroit lagi.
#Ahli Arkeologi #Changmiania liaoningensi #dua fosil #Pascal Godefroit #Royal Belgian Institute of Natural Sciences #Yixian Formation
;