Forum Palestin diadakan selepas 22 tahun, dicemari boikot
Reuters
April 30, 2018 20:16 MYT
April 30, 2018 20:16 MYT
Sebuah forum yang digelar 'kuasa tertinggi Palestin' telah berlangsung untuk pertama kalinya selepas 22 tahun pada hari Isnin, namun tindakan boikot dan rusuhan yang sedang berlangsung menunjukkan sasaran penyatuan rakyat Palestin untuk menentang Israel dan Amerika Syarikat berhadapan kesukaran.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dijangka menggunakan sidang Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) selama empat hari itu untuk memperbaharui legitimasi persidangan itu dan meletakkan penyokongnya dalam jawatan penting untuk memastikan legasinya diteruskan.
Mahmoud juga dijangka menjadikan sidang PNC, dimana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah sebahagian anggotanya, sebagai peluang untuk mewujudkan kesatuan rakyat Palestin untuk menentang Israel dan Amerika Syarikat, selepas pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Bagaimanapun persidangan diboikot kumpulan pejuang Islam yang mempersoalkan status PLO sebagai wakil tunggal rakyat Palestin.
Ini termasuklah kumpulan Islam dan Hamas, yang menewaskan Fatah dalam pilihan raya Parlimen Palestin pada tahun 2006 dan menjadi titik permulaan persengketaan mereka.
Mereka mendakwa, dengan mengadakan forum di Tebing Barat yang diduduki Israel, Mahmoud membahayakan warga Palestin yang terpaksa mengambil risiko ditangkap atau diserahkan kepada Israel jika mereka cuba hadir sidang itu.
Mahdi Abdul-Hadi, seorang penganalisis yang berpusat di Baitulmaqdis, berkata, Mahmoud seolah-olah berniat untuk meneruskan agendanya sendiri dan menggantikan musuh dengan penyokong setianya untuk menyandang jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif dalam PLO, yang anggotanya dilantik oleh PNC.
"Apabila orang melihat nama-nama ini mereka faham ia adalah 'tindakan satu pihak' sahaja, ia adalah agenda Mahmoud," kata Abdul-Hadi lagi.
#agenda
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Hamas
#Islam
#Israel
#jihad
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#perhimpunan