Florida catat suhu paling sejuk dalam 12 tahun

Astro Awani
Januari 31, 2022 00:17 MYT
Titisan air yang membeku bergantungan dari buah oren di sebuah kebun di Plant City Florida, 30 Jan 2022. (Foto AP)
PANTAI Palm di barat Florida, Amerika Syarikat, mencecah cuaca paling sejuk dalam tempoh 12 tahun apabila mencatat 3 darjah Celsius pada pagi Ahad.
Di Pantai Vero, timur Florida, suhu paling rendah pernah direkodkan ialah -1 darjah Celsius pada 1978, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat.
Cuaca begitu sejuk seperti itu agak jarang berlaku di Florida dan ia beralih kepada 10 darjah Celcius pada petang Ahad.
Suhu rendah di Florida lazimnya berbeza apabila ia turut mengakibatkan tanaman dan haiwan menjadi beku.
Bagaimanapun, tanaman musim sejuk keseluruhannya di negeri itu dilaporkan tidak mengalami kerosakan besar.
Warga Florida juga menemui beberapa haiwan seperti iguana, yang membeku di halaman rumah.
Pada masa sama, polis Florida berkongsi beberapa tip keselamatan penting untuk orang ramai semasa mereka mengunakan alat pemanas di rumah untuk kali pertama musim ini.
Perkakas pemanas adalah punca utama kematian berkaitan kebakaran di Amerika Syarikat setiap tahun.
#Amerika Syarikat #cuaca sejuk #haiwan membeku #tumbuhan beku