Firma dikait kontroversi Facebook, Cambridge Analytica 'gulung tikar'

Agensi
Mei 3, 2018 04:35 MYT
Terdahulu, Cambridge Analytica pernah membantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semasa kempen pilihan raya presiden pada 2016. Foto: REUTERS
CAMBRDIGE Analytica, firma yang terbabit dalam kontroversi melibatkan pencerobohan data peribadi Facebook (FB) telah diisytiharkan muflis dan berhenti beroperasi.
Firma itu terpaksa menghentikan operasi kerana terbeban dengan hutang bayaran guaman dan kehilangan pelanggan.
Cambridge Analytica atau SCL Group yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dalam satu kenyataan berkata syarikat itu dibelenggu tuduhan tidak berasas (membocorkan data 87 juta pengguna FB) sejak beberapa bulan lepas.
“Liputan media seluruh negara turut menyebabkan pelanggan dan pembekal kami ‘lari’. Justeru itu, kami tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan kami,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan Wall Street Journal.
BACA: Ini 12 maklumat yang perlu anda buang di Facebook sekarang!
Susulan pengberhentian operasi firma itu secara rasmi pada Rabu, pekerja diminta untuk menyerahkan komputer mereka.
BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang kontroversi Facebook dan Cambridge Analytica
Lapor Reuters, pegawai data di Britain akan meneruskan siasatan ke atas Cambridge Analytica walaupun sudah ditutup.
“Kami akan terus memantau firma ini untuk mengaudit dan membuat penilitian serta memastikan data pengguna kekal selamat,” katanya.
Terdahulu, Cambridge Analytica pernah membantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu kempen pilihan raya presiden pada 2016.
Dari 87 juta data pengguna FB digunakan firma berkenaan, 1.1 juta daripadanya adalah pengguna di UK.
BACA: 87 juta pengguna Facebook, terjejas angkara skandal Cambridge Analytica
BACA: Ahli Parlimen UK panggil Mark Zuckerberg jawab isu Cambridge Analytica
BACA: Mark Zuckerberg 'berdiam diri' selama lima hari, ramai persoal kredibiliti Facebook
#Amerika Syarikat #Cambridge Analytica #Donald Trump #Facebook #henti operasi #muflis #pilihan raya