Finland sahkan kes pertama novel koronavirus
Agensi
Januari 29, 2020 00:31 MYT
Januari 29, 2020 00:31 MYT
Finland mengesahkan kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu, lapor Reuters pada Rabu.
Menurut Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland dalam satu kenyataan, kes berkenaan melibatkan seorang wanita warga China dari Wuhan.
Mangsa berusia 32 tahun itu kini sedang menerima rawatan di wad pengasingan sebuah hospital di Lapland, utara Finland.
Tambah kenyataan tersebut, terdapat kira-kira 15 individu lain yang mungkin turut terdedah dengan jangkitan virus berkenaan.
#China
#Finland
#Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland
#koronavirus
#Lapland
#virus Wuhan
#wanita warga China