Filipina timbang bawa pulang anggota pengaman
Astro Awani
Mei 10, 2013 19:43 MYT
Mei 10, 2013 19:43 MYT
Insiden penculikan empat anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) warga Filipina di Bukit Golan membuatkan Manila sedang menimbangbalik untuk membawa keluar kesemua anggota pengaman warganya daripada wilayah itu yang dikuasai Israel.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Luar, Albert Del Rosario.
Walaubagaimanapun cadangan perlu mendapat kelulusan Presiden Benigno Aquino III.
Perkara itu diputuskan selepas berlaku insiden penculikan kedua di Bukit Golan oleh penentang kerajaan Syria.
Kejadian menimpa warga Filipina itu adalah yang kedua berlaku di Bukit Golan dalam tempoh dua bulan.
Menurut Rosario, Filipina tidak mahu memperjudikan nyawa 342 anggota pengamannya di Bukit Golan.
PBB melaporkan empat mangsa warganegara Filipina diculik pada Selasa ketika sedang menjalankan rondaan di Bukit Golan.