Filipina lapor 3,972 kes baharu COVID-19, kematian meningkat kepada 20,000
Bernama
Mei 25, 2021 22:20 MYT
Mei 25, 2021 22:20 MYT
MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) pada Selasa melaporkan 3,972 jangkitan baharu COVID-19 dan setakat ini mengumpul 1,188,672 jumlah kes disahkan.
Jumlah kematian meningkat kepada 20,019 setelah 36 lagi pesakit meninggal dunia akibat virus itu, lapor Xinhua, memetik DOH.
Filipina, yang mempunyai lebih 110 juta penduduk, telah menyaring lebih 12 juta orang sejak pandemik itu muncul pada Januari 2020.
-- BERNAMA