Filipina lancar dana kekayaan berdaulat yang pertama
Bernama
Julai 18, 2023 20:35 MYT
Julai 18, 2023 20:35 MYT
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Selasa menandatangani undang-undang Akta Dana Pelaburan Maharlika (MIF), sekali gus menubuhkan dana kekayaan berdaulat yang pertama di negara itu, lapor Xinhua.
"Buat pertama kali dalam sejarah Filipina, kami kini mempunyai dana kekayaan negara yang direka untuk memacu pembangunan ekonomi," kata Marcos pada majlis menandatangani perjanjian di istana presiden, sambil menegaskan MIF adalah "langkah berani" ke arah transformasi ekonomi negara".
Setiausaha Belanjawan Amenah Pangandaman berkata dana yang baru diwujudkan itu akan dilaburkan dalam pelbagai aset, termasuk mata wang asing, instrumen pendapatan tetap, bon korporat domestik dan asing, usaha sama, penggabungan dan pengambilalihan, hartanah dan projek infrastruktur berimpak tinggi, dan projek yang menyumbang kepada pembangunan mampan."
Setiausaha Kewangan Benjamin Diokno berkata MIF akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur negara, mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi, menarik lebih ramai pelabur asing, dan mendorong negara ke arah pertumbuhan yang lebih berdaya saing.
--BERNAMA-XINHUA