Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Bernama
Februari 8, 2025 18:31 MYT
Februari 8, 2025 18:31 MYT
Daripada 137 warga asing yang dihalang masuk itu, 112 orang daripadanya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila. - Gambar fail/Reuters
MANILA: Filipina menghalang kemasukan 137 warga asing yang disabitkan dengan jenayah seksual ke negara itu sepanjang 2024, termasuk 109 rakyat Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Biro Imigresen Filipina (BI), Joel Anthony Viado berkata selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini", sekali gus diharamkan secara kekal daripada memasuki negara itu pada masa hadapan.
Daripada jumlah itu, 112 orang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, 20 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu di wilayah tengah Filipina dan lima di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga, utara Manila.
"Undang-undang imigresen kami secara jelas melarang kemasukan warga asing yang disabitkan dengan jenayah berkaitan moral, dan kami tetap tegas dalam menghalang kemasukan mereka," kata Viado.
-- BERNAMA