Filipina ambil pendekatan neutral terhadap Rusia - Duta
Bernama
Mei 28, 2023 18:24 MYT
Mei 28, 2023 18:24 MYT
MOSCOW: Duta Besar Filipina ke Rusia Igor Bailen memberitahu Sputnik bahawa beliau berpendapat Manila tidak akan mengenakan sekatan terhadap Moscow atau menyokong langkah sekatan yang telah diperkenalkan negara lain.
"Saya tidak fikir Filipina akan mengenakan sekatan [terhadap Rusia] ... atau menyertai EU, saya tidak pernah mendengar apa-apa tentang itu," kata Bailen, menjawab soalan mengenai pendirian Filipina mengenai langkah yang diambil terhadap Rusia berhubung operasi ketenteraannya di Ukraine.
Tahun lalu, Penasihat Keselamatan Filipina Clarita Carlos berkata Manila mengambil sikap neutral terhadap konflik Ukraine.
Negara-negara Barat meningkatkan tekanan ke atas Moscow selepas operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine bermula pada Februari 2022.
EU sejak itu telah melaksanakan sepuluh pakej sekatan terhadap Rusia.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dasar sekatan terhadap Rusia adalah strategi jangka panjang Barat, dan sekatan itu telah menjejaskan keseluruhan ekonomi global.
--BERNAMA-SPUTNIK