Feri terbakar dekat Pulau Jawa, 3 mayat ditemukan
Astro Awani
Ogos 24, 2019 22:14 MYT
Ogos 24, 2019 22:14 MYT
Pasukan penyelamat Indonesia berjaya menemukan tiga mayat susulan kejadian feri terbakar di luar pantai Pulau Jawa pada Khamis.
Dalam pada itu, menurut pihak berkuasa negara itu, Syahrul Nugroho, 300 penumpang berjaya dipindahkan dalam operasi mencari dan menyelamat.
Ketika kejadian, feri KM Santika Nusantara itu dalam perjalanan ke pekan Balikpapan di Pulau Borneo dari Surabaya.
Laporan awal memaklumkan terdapat 227 penumpang dalam feri terbabit.
Bagaimanapun kenyataan agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) mengesahkan terdapat 303 penumpang di dalam feri berkenaan.
Basarnas juga sudah mengerahkan kapal di pelabuhan berhampiran dan pesawat untuk melakukan pemantauan dari udara.