Feri karam: Ibu bapa serang, pukul pegawai kanan

Agensi
April 25, 2014 12:05 MYT
Timbalan Ketua Pengawal Pantai Korea Choi Sang-Hwan dipukul oleh ibu bapa mangsa. Gambar AP
Ibu bapa mangsa feri karam Korea Selatan bertindak untuk menyerang seorang pegawai kanan pada Khamis, menuduh beliau berbohong tentang usaha menyelamat penumpang yang masih terperangkap di dalam kapal yang tenggelam itu.
Kira-kira 20 ahli keluarga mangsa menyerang Timbalan Ketua Pengawal Pantai Korea Choi Sang-Hwan, selepas memasuki pejabat sementara di pelabuhan Jindo, lapor wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.
Mereka bejaya melepasi 10 pegawai yang menyekat pintu masuk dan menerkam Choi yang sedang duduk di belakang meja, dan menumbuk beliau di bahagian muka dan badan.
Mereka kemudiannya memegang leher beliau dan menariknya keluar dari pejabat.
Setelah merobek bajunya, mereka membawanya ke khemah berhampiran dan memanggil Ketua Pengawal Pantai Kim Suk- Kyun untuk bertemu dengan mereka di sana.
Mereka memegang Choi untuk seketika, sementara sesetengah ibu menamparnya berterusan, sehingga Kim tiba.
Para ibu bapa kemudian menyuruh ketua-ketua pengawal pantai untuk memberitahu kepada pegawai-pegawai mereka melalui radio untuk menggerakkan lebih ramai penyelam dan mempercepatkan usaha untuk mendapatkan semula badan.
Kemarahan mula tercetus kerana kelambatan usaha menyelamat ketika feri itu tenggelam pada 16 April dengan 476 orang di atas kapal, kebanyakan mereka merupakan pelajar sekolah menengah.
Penyelam perlu bekerja dalam keadaan yang sukar dan berbahaya selama dua hari untuk masuk ke dalam feri tenggelam dan dua hari lagi untuk mendapatkan semula mayat ditemui pada peringkat pertama.
Angka kematian pada hari Khamis adalah 171, dan 131 lagi masih hilang dan dipercayai masih di dalam kapal.
Kemarahan meletus apabila ahli keluarga menaiki bot menghala ke tapak di mana Sewol tenggelam.
"Kamu berkata ratusan penyelam bekerja di sana, tetapi kita hanya melihat beberapa penyelam sahaja hari ini," seorang ibu menjerit pada Choi.
Ibu bapa menuntut bahawa TV litar tertutup (CCTV) disediakan untuk mereka menonton usaha menyelamat secara langsung.
#feri #Korea Selatan #menyelamatkan #operasi #pengawal pantai #tenggelam #Tentera Laut
;