Feri hibrid terbesar di dunia mula belayar di Selat Inggeris

Bernama
Jun 19, 2023 17:55 MYT
Kapal itu yang beroperasi dengan penjana diesel dan kuasa bateri elektrik dibina sejak 2019 pada kos kira-kira GBP111 juta (US$142.4 juta). -Sinar Harian/P&O Ferries
LONDON: Feri hibrid terbesar di dunia yang dilengkapi dua laluan keluar masuk, mula belayar di Selat Inggeris dalam usaha untuk menyumbang kepada perjalanan yang lebih mesra alam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kapal itu yang beroperasi dengan penjana diesel dan kuasa bateri elektrik bersamaan 2.3 juta bateri saiz AA, dibina sejak 2019 pada kos kira-kira GBP111 juta (US$142.4 juta).
Kapal hibrid kedua Liberte akan mula beroperasi pada November tahun ini dengan kos yang hampir sama.
Beliau berkata syarikat itu "mahu melihat" semua infrastruktur di pelabuhan tersedia sebelum 2030 dengan rundingan mengenainya sedang berjalan.
Barrett berkata: "Kami sedang mengambil langkah yang sangat diperlukan dalam industri maritim. Kami boleh bina lagi kapal kelas Spirit namun ia tidak memenuhi keperluan kami."
"Kami perlu mengekalkan projek itu bagi mengerakkan perniagaan akibat COVID-19."
Beliau berkata bahagian pasaran syarikat itu kini bangkit semula ke tahap sebelum COVID-19 pada 43 peratus bagi laluan Dover ke Calais.
-- BERNAMA
#Feri hibrid terbesar di dunia #Selat Inggeris #penjana diesel dan kuasa bateri elektrik #Liberte
;