Feri bawa 33 penumpang Malaysia terkandas dekat Pulau Tekong

Agensi
Julai 10, 2018 09:45 MYT
Sebuah feri membawa 33 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di perairan pelabuhan Singapura dekat Pulau Tekong malam tadi. -Gambar hiasan/Wikipedia
Sebuah feri membawa 45 penumpang dan kru dilaporkan terkandas di perairan pelabuhan Singapura dekat Pulau Tekong malam tadi.
Menurut laporan media tempatan, feri Sri Kandi 99 dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor itu terdampar berhampiran sebuah batu di selatan pulau tersebut.
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.42 malam.
Feri yang membawa 33 penumpang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Vietnam serta 11 kru Indonesia itu kemudian dipindahkan ke feri Camara Sumadra sebelum diturunkan di Tanjong Pengelih, Johor, pada 5.15 pagi.
Tiada kecederaan atau tumpahan minyak dilaporkan.
MPA mengesahkan pihaknya sedang menyiasat insiden itu.
#Camara Sumadra #feri terkandas #Indonesia #Pelabuhan Singapura #pulau tekong #rakyat Malaysia #Tanjong Pengelih