Fenomena Gerhana Matahari sekali dalam 1,300 tahun

AFP
November 14, 2012 09:09 MYT
Saintis, Ahli Kaji Bintang dan peminat gerhana antara yang hadir di Palm Cove di Queensland Australia bagi menyaksikan salah satu fenomena alam yang unik iaitu gerhana matahari.
Fenomena itu mula beransur-ansur terjadi pagi tadi apabila bulan beransur-ansur melitupi matahari, sekaligus membentuk lingkaran seakan-akan cincin.
Bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.
Meskipun ramalan awal mengatakan awan mendung akan menjejaskan kualiti pandangan, namun ia gagal menghalang pemandangan lebih 60 ribu yang berkumpul.
Suasana turut hening seketika, apabila bayangan bulan, jatuh di Taman Negara Garig Gunak Barlu, kira-kira 250 kilometer dari Darwin, sebelum bergerak ke bahagian timur, Utara Queensland.
Fenomena ini dikatakan hanya berlaku sekali dalam 1,300 tahun dan hanya boleh disaksikan di tempat-tempat tertentu sahaja.
Ia berakhir selepas hanya 2 minit.
Bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.
#Australia #gerhana matahari #Queensland #saintis
;