KEJADIAN hujan yang hanya menimpa sebuah rumah di Tebet, Jakarta Selatan yang dilapor pada Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai satu fenomena alam yang jarang berlaku.

Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Mulyono Prabowo mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, hujan yang turun kira-kira enam jam itu yang hanya menimpa sebuah rumah berukuran 5 x 5 meter d iJalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan adalah satu perkara aneh.

Tambah Mulyono, pihaknya mendapati awan berada pada ketinggian sekitar 700 meter hingga 1 kilometer ketika kejadian itu berlaku.

Minggu lalu, satu rakaman video kejadian tular di media sosial di Indonesia kerana ia berlaku ketika cuaca panas dan kering.

Difahamkan, hanya sebuah rumah alami banjir sedangkan rumah jirannya masih kering.