FDA percepat kelulusan kecemasan vaksin Pfizer

Agensi
Disember 11, 2020 07:40 MYT
Selepas lulus, vaksin itu dijangka mula digunakan dalam beberapa hari lagi. - Gambar fail/REUTERS
PENTADBIRAN Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengumumkan akan teruskan kelulusan kecemasan buat vaksin Pfizer Biontech.
Agensi itu akan percepatkan kelulusan dari pihak Setiausaha Kesihatan, Alex Azar.
Selepas lulus, vaksin itu dijangka mula digunakan dalam masa beberapa hari lagi.
Khamis lalu, pakar perubatan sarankan supaya FDA meluluskan penggunaan vaksin Pfizer.
Ia merumuskan manfaat vaksin berkenaan adalah lebih besar berbanding risikonya.
FDA dalam pada itu sudah memaklumkan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit berhubung proses kelulusan vaksin.
Ini bagi membolehkan agensi berkenaan merangka pelan pengedaran vaksin.
Vaksin keluaran Pfizer sudah diluluskan di UK, Kanada, Bahrain dan Arab Saudi.
#COVID-19 #Amerika Syarikat #perubatan #kesihatan #vaksin #Pfizer #Arab Saudi #FDA
;