FBI rumuskan Hillary Clinton tidak lakukan jenayah
Agensi
November 7, 2016 09:57 MYT
November 7, 2016 09:57 MYT
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) merumuskan ia tidak menemui sebarang bukti perlakuan jenayah dalam siasatan terbaru skandal email Hillary Clinton.
Pengarahnya James Comey dalam surat kepada anggota kongres memaklumkan, agensi itu selesai meneliti kes tersebut dan tidak akan mengubah keputusan sebelum ini.
Keputusan ini bermakna calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat itu tidak akan berdepan sebarang tuduhan jenayah.
Comey sebelum ini membuat pendedahan kepada kongres FBI menemui maklumat baru dalam isu siasatan skandal email Clinton.
Makluman kepada kongres itu dinyatakan 11 hari sebelum hari pengundian, dan tindakan itu mendapat kecaman kem Demokrat.
Julai lalu, siasatan FBI mendapati bahawa Clinton tidak melakukan sebarang jenayah.
Sebaliknya, Clinton hanya didapati cuai ketika mengendalikan bahan sensitif ketika menggunakan pelayan email peribadi untuk tujuan rasminya.