FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks

Bernama
Julai 14, 2024 15:15 MYT
FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, lapor Sputnik.
"FBI telah mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.
"Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan," menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.
Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat.
-- BERNAMA
#Thomas Matthew Crooks #Donald Trump #FBI #suspek penembak
;