Fasiliti pendidikan untuk wanita akan dibangunkan di Afghanistan

Astro Awani
November 28, 2021 05:48 MYT
Golongan wanita mahu hak mereka dipelihara di bawah pemerintahan Taliban di Afghanistan. - Foto AP
KABUL: Perdana Menteri Afghanistan dari Taliban, Mullah Muhammad Hassan Akhund memberi jaminan bahawa kabinetnya sedang berusaha untuk membangunkan fasiliti pendidikan buat golongan wanita di negara itu.
Perkara itu ditegaskan Akhund dalam pidato umum pertamanya menerusi rakaman audio.
Malah katanya usaha itu telah dilakukan di Afganistan sejak sekian lama dan kini akan diteruskan dengan memberi penekanan pembangunannya berdasarkan pemerintahan Islam.
Selain itu, rakaman audio itu turut menyentuh bahawa kerajaan Taliban tidak patut dipersalahkan dalam krisis penggangguran dan kewangan yang berlaku terhadap negara itu.
Malah, menunding jari terhadap pentadbiran terdahulu yang menjadi punca kepada kemelut hari ini.
Beliau memberi jaminan, pihaknya sedang berusaha keras untuk menyingkirkan elemen salah guna kuasa, selain memastikan keselamatan rakyatnya terjamin.
#Taliban #wanita #pendidikan
;