FAO perkukuh kerjasama bidang pertanian dengan Indonesia

Bernama
Disember 4, 2022 09:10 MYT
Rajendra (kiri) menyerahkan dokumen CPF kepada Ade Candra, Pengarah Biro Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Pertanian Indonesia, pada satu majlis di Bogor, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan melaksanakan program sokongan pembangunan makanan dan pertanian di Indonesia untuk tempoh empat tahun akan datang.
Program itu dilancarkan semasa bengkel Rangka Kerja Pengaturcaraan Negara (CPF) di Bogor baru-baru ini, menurut agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menangani kelaparan itu.
Dalam satu kenyataan, wakil FAO di Indonesia Rajendra Aryal berkata CPF menetapkan empat keutamaan strategik untuk membimbing program perkongsian dan sokongan agensi berkenaan.
Kementerian Pertanian (MoA) Indonesia akan mengetuai pelaksanaan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, katanya.
Bidang tumpuan ialah e-pertanian, rintangan antimikrob, penyakit zoonosis yang muncul, demam babi Afrika, mitigasi bencana dalam sektor ternakan, kehilangan dan pembaziran makanan, sistem makanan bandar dan penternakan keluarga.
-- BERNAMA
#FAO #cpf #pembangunan makanan #pertanian Indonesia
;