Fakta tentang Amphan yang anda perlu tahu
Syahirah Hani Roslan
Mei 22, 2020 22:42 MYT
Mei 22, 2020 22:42 MYT
TAUFAN Amphan, ataupun dikenali sebagai siklon Amphan yang membadai persisiran utara India dan selatan Bangladesh dengan kelajuan angin 175 kpj (109 mph), telah meragut nyawa dan memusnahkan banyak harta benda.
Menurut pakar meteorologi, Pedram Javaheri, ribut taufan ini setara dengan ribut taufan Kategori 2 Atlantik tetapi masih dikategorikan 'sistem ribut yang sangat kuat'.
Amphan menjadi taufan paling dahsyat yang pernah berlaku di Teluk Bengal pada malam Isnin lalu - setara dengan taufan Kategori 5 Atlantik. Walaupun ribut itu mulai reda, tenaga siklon sudah diaktifkan dan sebahagian air dipindahkan sebelum itu," kata Javaheri.
Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu mengenai taufan siklon Amphan:
- Diameter medan awan ini berukuran 2,800 kilometer / 1,740 batu iaitu bersamaan dengan jarak dari Lisbon ke Warsaw.
Menurut wartawan Al-Jazeera, Tanvir Chowdhury, 1.4 juta orang telah selamat dipindahkan dan dimasukkan ke tempat perlindungan namun kira-kira 46,000 orang masih berada dalam risiko tinggj di beberapa pulau di wilayah pesisir Bangladesh.
"Terdapat tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lima juta orang dan terdapat pasukan perubatan, pasukan operasi penyelamat, pengawal pantai dan tentera laut telah bersiap sedia di kawasan pesisir," katanya.